Perunding Emas: Rupa Bentul Goldbar Amethyst 1 Gram
close

2017-08-22

Rupa Bentul Goldbar Amethyst 1 Gram

Sebelum ni saya di tanya mengena rupa bentuk Goldbar emas 999.Pada kebiasaanya,ramai orang akan beranggapan mengenai emas hanya terhad untuk perhiasan seperti cincin,subang,rantai gelang dan lain-lain.Fungsi emas sebenarnya tak terhad kepada emas perhiasan.Yang selalu digunakan untuk emas perhiasanan diperbuat daripada emas berkualiti 916.Mana kala untuk goldbar,emas berketulenan 24 karat sesuai dijadikan bentuk simpanan.Kerana emas 999 sifatnya lembut,kurang sesuai dijadikan cincin.Kerana mudah bengkok.Cincin 916 tu pun dah senang nak kemek atau rosak.

Goldbar keluaran amethyst 999

Oleh kerana ada seorang kakak ni bertanya mengenai goldbar,jadi saya tulis sedikit penerangan.Saya tengok akak ni pun memang minat pasal emas.Satu per satu saya terangkan daripada emas 916 hinggalah emas 999.Saya perkenalkan kepada dia tentang goldbar,dinar dan syiling emas keluaran amethyst.

Goldbar keluran amethyst adalah diperbuat daripada emas fine gold 24 karat.Emas pure dengan emas fine gold lain.Yang pure tu bermaksud asli.Yang fine tu bermaksud emas yang di leburkan balik.Emas asli dari sumber dari ladang..hehe 'Segar dari ladang'.Sebab tu adalah tertulis fine gold dengan pure gold.Cuma nak bezakan kualiti emas-emas ni adalah berdasarkan gred.Ada yang 999 paling tinggi,917,916,dan kebawah.Gred lama yang biasa digunakan contoh 24 karat,22 karat,18 karat sampailah 9 karat pun masih ada nilai selagimana ia emas.

Jom saya belanja gambar-gambar goldbar...

induk goldbar
Ni Ibu Goldbar (Jongkong Emas Kilo2)

Ibu goldbar ni orang tak simpan kat rumah.Tempat simpan jongkong emas adalah lengkap dengan ciri keselamatan dan pengawal keselamatan.Berat jongkong emas pun bukan dalam unit gram.Biasanya paling kurang 1 kilogram emas.Biasa disimpan oleh pemerintah negara,bank,syarikat-syarikat atau hartawan dan ahli perniagaan.Mereka menyimpan dalam bentuk emas adalah untuk mengelak kesan-kesan inflasi dan risiko kegagalan matawang (wang fiat susut nilai),atau kejatuhan matawang.Bila kejatuhan matawang,mereka yang menyimpan wang tunai dalam bentuk matawang negara itu,akan turut terkena tempias,walaupun bukan mereka yang penyebab kejatuhan matawang,tapi kerana mereka simpan wang dalam bentuk matawang negara tu,akan terkesan.Kalau seseorang itu simpan emas,dia mungkin boleh pindahkan ke matawang lain tanpa masalah kalau dia nak tanpa susut nilai (asalkan emas tu dia punya dan tak dicagarkan).

Emas goldbar 1 gram powergold
Yang Ini baru dianggap goldbar mampu milik

Goldbar amethyst 1 gram 999.Ini lah anak-anak jongkong emas yang dipotong kecil-kecil jadilah berat dia 1 gram saja.Bila saya terangkan pada kakak tersebut,dia jadi begitu semangat nak tahu lebih,apa lagi saya tinggalkan nombor whatsapp saya untuk dia whatsapp bila-bila masa.Setakat ni memang dia ada rasa nak menyimpan dalam emas fizikal.Saya cadangkan pada dia,goldbar adalah item terbaik untuk simpanan.Saya pun nak tambah goldbar ni dalam inventori simpanan emas fizikal saya pelahan-lahan.1 GRAM pun kalau 12 bulan kosisten dah berapa? tak ke jadi 12gram emas setahun...kalau sekarang (setakat 22 ogos 2017)  harga 10g goldbar adalah rm2,067.00,tahun depan tak tahu la berapa.Kalau dia naik 50% wow! gi haji deme..

Simpan 1gram sebulan goldbar
Simpanan Goldbar Jangka Panjang

Simpanan goldbar sikit-sikit macam kat atas tu.Kalau jadikan dalam bentuk simpanan tetap.Simpan untuk pergi haji,umrah,kawin,hantaran,hadiah dan sebagainya.Untuk buat modal berniaga pun boleh.Untuk buat bayar hutang pun boleh.Pajak goldbar tu di Ar Rahnu Xpress,dapatlah duit tunai.

Bila emas dah cukup syarat zakat,boleh isi borang untuk keluarkan zakat.Jangan kumpul ems sampai lupa nak bayar zakat.Bila dah bayar zakat,diharap simpanan emas tu berkat seadanya.
Setiap goldbar amethyst dilengkapi nombor siri.
Setiap goldbar amethyst dilengkapi nombor siri

Didatangkan dalam paket yang menarik.Simpan sikit dulu,ada duit lebih tukar kepada goldbar.Bila arasa nak pakai duit sebab ada emegercy,boleh cagar di ar rahnu xpress macam saya terangkan tadi kat atas.

Kalau tak ada kes kecemasan,simpan dan terus simpan.Panjang umur pergi haji/umrah.Cagarkan goldbar tu pada ar rahnu,duit tu pergilah haji/umrah.Bila selesai haji/umrah,tebus balik satu-satu surat pajak tu.Asingkan surat pajak tu satu goldbar satu sura pajak.Jangan campur semua goldbar dalam 1 surat pajak.nak tebus nak dah tak boleh tebus satu satu.Sebab dah semua dalam satu surat.Kalau asing-asing surat,bole tebus satu surat satu surat dulu.

Macam mana nak beli goldbar amethyst ni? Isi borang BORANG PESANAN PEMBELIAN nanti anda ikut langkah-langkah tersebut.

My Perunding Emas




6 ulasan:

  1. Baru-baru ni, saya pergi ke ArRahnu Exchange yang bank rakyat punya tu... diorang kata tak terima emas Amethyst pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooh gitu..Hari tu sy ada call ar rahnu xpress..bukan ar rahnu bank rakyat.staff kt arrahnu xpress cakap terima semua jenis emas.Minimum 1gram..

      boleh cuba call arrahnu Lot 123, Jalan Prima SG 5,
      Prima Sri Gombak,
      68100 Batu Caves, Selangor
      srigombak@ar-rahnu.com.my
      Tel: 03-6184 2857 Fax: 03-6185 0682
      Buka setiap hari kecuali ahad & cuti umum yang terpilih

      Padam
  2. Assalamualaikum....mmg setiap 1 gram emas ni ada surat pajak ker sbb sy beli x der pun surat pajak just dpt goldbar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Da pajak br dpt surat pajak.. Beli dpt emas..

      Padam
  3. Salam
    , nak tanya emas amethyst dari sumber dalam malaysia ke?

    BalasPadam
  4. Nak tanya betul ker bank negara ads masalah nak terima gold bar amenthst ni,, sb saya baru beli akk tu ckp tggu dari memo bank negara,, kalau kata tak laku di arrahnu,, dia tukar dgn brand lain

    BalasPadam

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/