Perunding Emas: Survey Harga Emas 2017
close

2016-12-25

Survey Harga Emas 2017

Ramalan melalui undian sejauh manakah harga emas akan bergerak turut di jadikan sebagai survey untuk melihat berapa ramaikah orang yang yakin akan harga emas bergerak pada tahun 2017 kepada 6 pembahagian arah harga.

Ini memang menarik.Lebih menarik lagi apabila tahun 2017 adalah tahun yang mungkin Rizab Persekutuan Amerika juga akan membuat beberapa kali dalam setahun tentang kenaikan kadar faedah yang pasti akan menyokong kekuatan Dollar $ usd.

Survey ini dijalankan dalam waktu singkat.
Survey Harga Emas 2017

Keputusan Semasa Survey
Survey Harga Emas 2017

Jumlah terkini undian adalah 1,362.Ramai juga yang mengambil bahagian dalam hal ini.Ramai juga yang beranalisis harga emas bergerak lebih tinggi tahun 2017,malah angka $1,400 dilihat agak terlalu tinggi untuk dicapai pada tahun 2017 disebabkan tahun itu adalah tahun saingan pasti sengit.

Seterusnya,angka dibawah $1,000 juga tidak sukar dicapai,kerana,pada waktu ini,harga emas dicatatkan pada paras $1,133.50 setiap aun emas.

Apakah undian saya diatas? saya mengundi harga emas berada pada tekanan hingga terdorong rendah ke pada harga $1,000.00 se aun.

Tapi sebenarnya,kalau ikut realistik,lebih kepada memilih harga emas yang sederhana antara $1,200 hingga $1,000.


Harga emas sejak 2000

Pengerakan Harga Emas Sejak Tahun 2000

Lihat graf.Begitulah pengerakan harga emas direkodkan sejak tahun 2000.Pernah naik mendaki hingga keparas $1,800,00 dan ada analist sebelum ini mengatakan,tentang harga emas boleh melebihi ke paras $1,900.00 hingga $2,000.00 setiap aun menjelang 2019-2020.

Bermula tahun 2017-2020,ada lebih kurang 5 tahun.Tak lama.Anda boleh lihat titik awal pengerakanya mungkin pada tahun 2018.Kalau akhir tahun 2018 harga masih rendah,mungkin tahun-tahun selepas 2018,untuk mendapatkan emas dalam julat rendah dalam harnganya sukar.


My Perunding Emas

Nota-Analisis adalah pendapat peribadi.Tidak mencerminkan harga emas sebenar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/